Pembukaan sekolah berasrama ikut kapasiti

Pembukaan semula sekolah berasrama dilaksanakan mengikut kapasiti asrama sekolah masing-masing. Foto: Bernama
Pembukaan semula sekolah berasrama dilaksanakan mengikut kapasiti asrama sekolah masing-masing. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pembukaan semula sekolah berasrama dilaksanakan mengikut kapasiti asrama sekolah masing-masing.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, asrama yang mempunyai kapasiti mencukupi dengan mengambil kira jarakkan sosial akan beroperasi seperti biasa.

"Bagi asrama yang mempunyai kapasiti ruang terhad setelah mengambil kira jarakkan sosial.

"Pada peringkat awal hanya sebahagian pelajar sahaja dapat tinggal di asrama," katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Menurutnya, antara kekangan utama dihadapi sekolah berasrama adalah penggunaan katil dua tingkat.

"Kami telah meneliti perkara ini bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disaran pada peringkat awal kemasukan, pelajar hanya menggunakan katil bawah," katanya.

Beliau berkata, selepas tempoh 14 hari, kumpulan pelajar baharu dibenarkan masuk ke asrama dengan menempatkan pelajar sedia ada di katil atas manakala pelajar baharu di katil bawah.

"Prosedur ini diteruskan sehingga semua pelajar dapat tinggal di asrama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Radzi berkata, setelah mengambil kira saranan KKM, secara umumnya bagi asrama yang menggunakan katil dua tingkat, semua pelajar dijangka dapat kembali ke asrama dalam tempoh 28 hingga 42 hari daripada 24 Jun lalu.

"Tempoh untuk kembali ke asrama ini bergantung kepada bilangan pelajar dan akan ditetapkan pihak sekolah," katanya.