Perak teruskan usaha bantu Orang Asli

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Pewartaan tanah untuk Orang Asli bukanlah satu-satunya cara untuk membantu masyarakat itu di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan Perak terus komited untuk membantu masyarakat Orang Asli di negara ini untuk meneruskan hidup mereka.

Menurutnya, sehingga kini kerajaan Perak mewartakan 13,000 hektar tanah sebagai kawasan rayau untuk Orang Asli di seluruh Perak.

"Kita amat mengambil berat terhadap permasalahan yang dihadapi oleh Orang Asli. Kita faham kehidupan mereka dan kita mencari jalan untuk membantu mereka dari sudut keperluan asas seperti kemudahan elektrik melalui solar dan sebagainya.

"Kerajaan Perak mengamalkan pengurusan hutan mampan dengan tidak menebang balak secara habis. Kita bukan nak menyusahkan mereka dengan tebang balak secara meluas," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Agensi Kerajaan Kerajaan Negeri Perak dan Syarikat Pemaju Perumahan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Ahmad Faizal berkata, biarpun hanya 13,000 hektar diwartawakan sebagai tanah rayau di negeri ini, Orang Asli tidak pernah dihalang memasuki hutan untuk mencari rezeki.

Menurutnya, isu tanah adat Orang Asli sengaja ditimbulkan pihak tertentu yang mempunyai agenda dan mempergunakan Orang Asli untuk kepentingan mereka.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun kita tidak dapat mewartakan kesemua tanah mereka tetapi pernah dengar mereka dihalang memasuki hutan walaupun tidak diwartakan hutan itu? Kita tetap benarkan mereka menggunakan hasil-hasil hutan,” katanya.

"Tindakan sesetengah pihak atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempergunakan Orang Asli untuk kepentingan mereka sangat tidak betul dan tidak adil.