Lelaki bunuh gajah liar di selatan Thailand ditangkap

Pegawai Taman Negara Kui Buri berkata, kejadian tersebut merupakan kematian gajah liar yang keempat pada bulan ini yang mati ditembak atau terkena renjatan elektrik.
Pegawai Taman Negara Kui Buri berkata, kejadian tersebut merupakan kematian gajah liar yang keempat pada bulan ini yang mati ditembak atau terkena renjatan elektrik.
A
A
A

BANGKOK - Polis menahan seorang lelaki yang menembak mati seekor gajah liar dari sebuah taman negara di Prachuap Khiri Khan di selatan Thailand minggu lalu.

Narong Arapakdi, 49, bagaimanapun mendakwa tindakannya menembak haiwan tersebut hanyalah untuk mempertahankan diri dari diserang haiwan itu.

Pegawai Taman Negara Kui Buri berkata, kejadian tersebut merupakan kematian gajah liar yang keempat pada bulan ini yang mati ditembak atau terkena renjatan elektrik.

Ketika kejadian, renjer taman itu sedang berusaha memikat seekor gajah yang berkeliaran di kebun getah milik penduduk tempatan untuk kembali masuk ke hutan sebelum ia ditembak oleh Arapakdi.

Katanya, sebaik sahaja tiba di kawasan kebun itu, pihaknya mendapati gajah seberat dua tan itu telah mati berhampiran sebuah parit. - Agensi

Artikel Berkaitan: