X

Kindly register in order to view this article
!

Kilang, rumah pekerja curi air diserbu

Kilang kayu diserbu Sains dan SPAN kerana disyaki membuat penyambungan air secara haram.
A
A

SEREMBAN - Sebuah kilang kayu dan rumah pekerja di Batu Kikir, Jempol, diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas disyaki membuat penyambungan air secara haram.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Sains, Norzita Ismail berkata, serbuan dilakukan pada jam 11.30 pagi Khamis lalu itu diketuai pegawai SPAN, Muhammad Nazwan Sanin dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan SPAN dan Unit Penguatkuasaan Sains.

Menurutnya, siasatan di lokasi mendapati penghuni premis melakukan penyambungan tidak sah tanpa melalui sebarang meter air bagi kegunaan harian pekerja, mencuci tayar kenderaan, kegunaan di pejabat serta kawasan kilang kayu tersebut.

"Ujian klorin di lokasi berkenaan terbukti bahawa bekalan air yang digunakan ialah air terawat milik Sains," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Punca sambungan air secara haram.
Punca sambungan air secara haram.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen (89)9 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pihak SPAN turut menyita semua pemasangan dan punca sambungan yang dibuat sebagai bahan bukti.

Sementara itu katanya, syarikat itu terus mempertingkatkan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap kegiatan curi air di negeri ini tanpa mengira sama ada untuk tujuan komersil atau domestik.

“Tindakan tegas ini merupakan salah satu langkah berterusan dalam mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes curi air boleh menghubungi talian bebas tol Sains 1-800-88-6982,” katanya


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!