X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Setiap keluarga wajar menyimpan dalam SSPN-i Plus

Azizah menerima manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian SSPN-i Plus arwah anaknya daripada PTPTN yang diwakili Mohd Azrul Akmal (dua dari kanan) dan Pengurus Kanan Cawangan Pejabat PTPTN Kuala Krai, Che Azman Che Zan (kanan) di RKT Kesedar Sungai Asap B semalam.
A
A

GUA MUSANG - Setiap keluarga disarankan supaya tidak melepaskan peluang menyimpan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) yang disediakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Wakil penerima manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian SSPN-i Plus, Sun Najman Muhammad, 37, berkata, SSPN-i Plus bukan pinjaman tetapi merupakan simpanan untuk masa depan.

Beliau ialah adik ipar kepada Allahyarham Salma Mat Yaakub, 55, yang meninggal dunia akibat kemalangan di hadapan rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap B di sini tahun lalu.

Sun Najman berkata, individu yang tidak mempunyai anak juga boleh menabung menerusi skim itu.

“Ramai yang salah faham, sebenarnya tak ada anak pun boleh menyimpan dengan SSPN-i Plus kerana sangat berbaloi. Tiada sebab untuk tidak menabung dengan serendah RM30 sebulan.

“Setelah saya meneliti faedahnya, saya mula sedar kebaikan demi masa depan anak-anak. Jadi, saya juga telah menabung untuk setiap seorang anak saya,” katanya kepada Sinar Harian di RKT Kesedar Sungai Asap B di sini semalam.

Dia bersama mertuanya, Azizah Ag Hamat, 77, selaku pemegang amanah menerima manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian SSPN-i Plus yang disampaikan Pengurus Besar Pejabat PTPTN Kelantan, Mohd Azrul Akmal Mamat.

Hadir sama, Pengurus Kanan Cawangan Pejabat PTPTN Kuala Krai,Che Azman Che Zan.

Sementara itu, Mohd Azrul Akmal berkata, menerusi pakej Delima, arwah mendapat perlindungan takaful sebanyak RM40,000 dan khairat kematian sebanyak RM2,500 dengan nilaian keseluruhan RM42,506.72.

“Pilihan Allahyarham untuk menyimpan dalam SSPN-i Plus untuk dirinya sendiri walaupun masih bujang dan tidak mempunyai anak adalah pilihan yang tepat,” katanya.

Menurutnya, kesedaran untuk menyimpan melalui simpanan yang diwujudkan PTPTN melalui SSPN-i Plus itu wajar dicontohi.

“Ini kerana dengan manfaat yang diterima dapat memastikan dan membantu meringankan beban kewangan untuk menampung kos pengajian anak-anak meskipun ibu bapa telah meninggal,” katanya.

Katanya, masyarakat perlu cuba untuk menyimpan bermula dari awal walaupun dengan jumlah sedikit supaya dalam jangka masa panjang akan mendapat pulangan berganda.

“Tambahan pula simpanan melalui SSPN-i Plus ini akan dilindung takaful secara serta merta sejurus selepas akaun dibuka.

“Seperti kes ini, akaun baru sahaja dibuka pada Julai 2019 dan berlaku kemalangan pada Oktober tahun sama, namun perlindungan takaful mengikut pakej yang dipilih tetap diperoleh,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!