Lelaki warga asing maut dipanah petir

Hanyan
Hanyan
A
A
A

KEMAMAN - Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas dipercayai dipanah petir ketika dalam perjalanan ke rumah rakannya di kawasan Perumahan Ketengah Peringkat 4 di Bandar Cheneh Baru, Kemaman petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 30 tahun mengalami kecederaan parah di seluruh badan selain terdapat kesan terbakar pada rambut serta pendarahan di mulut serta hidung.

Menurut sumber, kejadian menimpa mangsa hanya diketahui rakannya selepas dimaklumkan oleh anak jiran yang mangsa ditemui tidak sedarkan diri di tepi jalan di kawasan perumahan itu iaitu 100 meter dari rumahnya.

Sumber berkata, rakan mangsa turut mendakwa sebelum dimaklumkan kanak-kanak terbabit, dia memang ada terdengar dua kali bunyi petir yang sangat kuat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Jelasnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat dihantar ke bilik Forensik Hospital Kemaman (HK) untuk bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan: