34 cedera terkena letupan mercun di Batu Caves

Sedutan situasi kejadian yang dirakam orang awam, malam tadi.
Sedutan situasi kejadian yang dirakam orang awam, malam tadi.
A
A
A

BATU CAVES - [DIKEMASKINI] Seramai 34 orang cedera dalam insiden letupan mercun berhampiran Kuil Sri Subramaniam di sini kira-kira jam 8.20 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, mercun tersebut dibakar seorang lelaki berusia 23 tahun bersama dua rakan di lokasi bagi meraikan Thaipusam.

"Mercun yang sepatutnya meletup ke udara metetup di atas jalan raya menyebabkan orang awam berada berhampiran cedera.

"Kejadian turut menyebabkan tiga kenderaan yang diletakkan berhampiran lokasi turut terjejas," katanya.

Samsor berkata, dua suspek ditahan susulan kejadian tersebut, seorang lagi masih diburu.

"Lelaki berusia 23 tahun ditahan di lokasi kejadian sementara seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan kira-kira jam 1 pagi tadi.

"Pihak polis tidak mengeluarkan permit bagi pembakaran mercun pada perayaan tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Enam mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Selayang, Kuala Lumpur dan Sungai Buloh, 28 yang lain menerima rawatan di kinik kesihatan sementara di sini.