Kajian baharu rungkai asal-usul Stonehenge

Ahli arkeologi percaya penemuan lingkaran pasak itu bakal membuka lembaran baharu kisah misteri Stonehenge di UK. - Foto Agensi
Ahli arkeologi percaya penemuan lingkaran pasak itu bakal membuka lembaran baharu kisah misteri Stonehenge di UK. - Foto Agensi
A
A
A

LONDON - Ahli arkeologi menemui lingkaran besar mengelilingi kawasan berhampiran monumen prasejarah, Stonehenge yang membuka kepada kajian baharu untuk merungkai asal-usul dan misteri di sebalik binaan di United Kingdom (UK) itu.

Penemuan baharu dipercayai daripada era Neolitik itu menunjukkan lingkaran pasak di kawasan seluas 2km dengan diameter lebih 10 meter dan kedalaman 5 meter dalam mengelilingi Durrington Walls.

Tapak itu terletak kira-kira 3km di timur laut Stonehenge di Salisbury Plain dan dipercayai berusia kira-kira 4,500 tahun.

“Ia penemuan yang sangat penting tanpa memerlukan kerja penggalian dan penggunaan teknologi pengesanan jarak jauh dan pengambilan sampel,” kata ahli arkeologi yang mengetuai projek itu, Profesor Vincent Gaffney.

Stonehenge yang menjadi salah satu mercu tanda terkenal dan tarikan pelancong di UK masih mencetuskan tanda tanya hingga kini walaupun penyelidikan dibuat selama beberapa dekad. - Agensi

Artikel Berkaitan: