Operasi tarik kereta keluar ditangguh

Operasi mencari sebuah kereta yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lagi kereta di KM 4 Jambatan Pulau Pinang semalam berhenti pada 7 malam ini.- Foto Bernama
Operasi mencari sebuah kereta yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lagi kereta di KM 4 Jambatan Pulau Pinang semalam berhenti pada 7 malam ini.- Foto Bernama
A
A
A

GEORGETOWN - Usaha pasukan penyelamat untuk membawa naik SUV Mazda CX-5 yang terbenam kira-kira 15 meter di dasar laut menemui kesukaran dan terpaksa ditangguhkan ke hari esok.

Komander Pasukan Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, pasukan penyelamat berjaya menemui kenderaan itu kira-kira jam 4 petang di tiang 34 Jambatan Pulau Pinang iaitu 15 meter dari tempat ia dilaporkan jatuh.

Menurutnya, operasi untuk membawa naik SUV itu bermula pada jam 4.30 petang dan ditangguhkan pada jam 7.20 petang.

"Pasukan penyelamat menemui kesukaran dan kami telah empat kali berusaha untuk menaikkannya.

"Antara kesukarannya ialah arus yang kuat dan gelap di dasar laut selain tali yang digunakan terlucut ketika usaha menaikkan SUV itu dilakukan," katanya kepada media selepas operasi itu ditangguhkan sebentar tadi.

Rosman berkata, operasi mambawa naik SUV itu disambung pada jam 7 pagi esok dengan kekuatan pasukan penyelamat seramai 108 anggota termasuk 38 penyelam.

[ARTIKEL BERKAITAN:Kereta terhumban ke laut ditemui]

Kereta yang terhumban ke dalam laut itu merupakan kereta yang dipandu oleh penuntut kolej swasta, Moey Yun Peng, 20, selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di KM 4.0 Jambatan Pulau Pinang pada pukul 2.54 pagi, semalam.

Artikel Berkaitan:

Kereta itu berjaya ditemukan pada pukul 4.00 petang tadi di Tiang 34 Jambatan Pulau Pinang sebelum sebuah kren berkapasiti tinggi tiba di lokasi kejadian pada kira-kira pukul 5.45 petang untuk memulakan usaha membawa keluar kenderaan itu dari dasar laut.