Suspek seludup dadah guna dron ke Singapura diburu

Ayob Khan
Ayob Khan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang giat memburu seorang lelaki dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan dadah menggunakan dron ke Singapura.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hasil perkongsian maklumat dengan Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura, suspek terbabit telah dikenalpasti.

Bagaimanapun menurutnya, beliau enggan mendedahkan maklumat mengenai sindiket penyeludupan menggunakan dron itu.

Semalam media Singapura melaporkan pihak berkuasa republik itu menahan dua lelaki berusia 29 dan 34 tahun di negara itu kerana menggunakan dron untuk menyeludup dadah ke Singapura dari Malaysia.

Pada 17 Jun lalu, polis mengesan aktiviti pesawat tanpa pemandu yang luar biasa di sekitar Taman Takungan Kranji dan memerhatikan pesawat tanpa pemandu dengan beg yang terpasang di atasnya.

Artikel Berkaitan: