Unisel nafi laporan berita 115 ilmuan PhD sokong Muhyiddin

Unisel
Unisel
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Selangor (Unisel) menafikan satu laporan berita bertajuk '115 ilmuan PhD sokong kepimpinan Muhyiddin' melibatkan universiti tersebut.

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat Unisel, Hasril Abu Hassan, pihaknya menafikan ilmuan dari universiti tersebut terlibat dengan sokongan tersebut.

"Ilmuan dari Unisel tidak pernah terlibat dengan sokongan tersebut.

"Oleh yang demikian, tidak timbul isu bahawa ilmuan dari universiti ini menyokong atau tidak menyokong," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasril berkata, jika ilmuan yang dimaksudkan adalah Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mohd Salleh, ia tidak benar sama sekali kerana beliau telah tamat perkhidmatannya di Unisel pada 31 Januari 2020 lalu.

"Ini bermaksud, segala sokongannya itu tidak ada kaitan langsung dengan pihak Unisel," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 115 ilmuan PhD sokong kepimpinan Muhyiddin

Media hari ini melaporkan seramai 115 ilmuan berkelulusan PhD dari universiti tempatan mengeluarkan kenyataan bersama menyeru sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel Berkaitan:

Mereka terdiri daripada dua profesor emeritus, 22 profesor, 33 profesor madya dan 58 pensyarah kanan daripada 21 universiti awam dan empat universiti dan kolej universiti swasta.