Yayasan Sabah tuntut RM872 juta daripada Musa Aman

Musa Aman
Musa Aman
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMASKINI] Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah memfailkan tuntutan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman bagi menuntut RM872 juta milik yayasan itu yang didakwa hilang disebabkan perjanjian aktiviti pembalakan.

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria berkata, tuntutan itu telah difailkan melalui sistem e-filing di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 16 Jun lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri peguam mewakili Yayasan Sabah, Datuk Douglas Lind.

Yayasan Sabah yang merupakan pemegang konsesi pembalakan terbesar di negeri ini ditubuhkan pada 1966 bagi menjaga kebajikan sosioekonomi rakyat Sabah serta membantu pembangunan pendidikan negeri. - Bernama

Artikel Berkaitan: