Apa jadi pada Jalil?

JALIL RASHEED
JALIL RASHEED
A
A
A

Awang rasa sedih dengan apa yang berlaku pada Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB. Belum pun setahun Jalil Rasheed di situ, dah diminta undur diri. Sebelum itu seorang tokoh korporat hebat, Datuk Abdul Rahman Ahmad juga berundur daripada PNB.

Macam juga Rahman, Jalil bukan sebarangan orang. Beliau pernah berkhidmat dengan syarikat besar di luar negara. Beliau diamanahkan mengurus dan melabur aset bernilai lebih RM4.8 trilion (AS$1.2 trilion). Beliau pulang ke Malaysia dan terpaksa tanggung pengurangan 90 peratus pendapatannya.

Tapi beliau pulang juga, agaknya demi bangsa dan negara tapi apa yang terjadi pada beliau? Belum pun setahun di situ, dah disuruh berhenti. Bukan itu sahaja, beliau terpaksa lalui pelbagai ancaman dan ugutan semasa beliau berkhidmat.

Awang nak tahu apa salahnya anak muda berumur 38 tahun ini? Apakah dia tak amanah? Apakah beliau gagal di PNB? Atau ada agenda lebih besar nak letak orang yang boleh ikut telunjuk pihak tertentu di situ?

Awang rasa banyaklah anak muda Melayu dan bukan Melayu yang enggan kembali berkhidmat di tanah air selepas ini. Kita semua tahu berlaku brain drain sebab anak-anak muda kita lebih suka berkhidmat di luar negara.

Kita kononnya nak pujuk mereka pulang untuk majukan negara. Tapi dengan apa yang berlaku pada Jalil, Awang sendiri pun nak bagi nasihat pada anak-anak muda di luar sana, ‘Tak usah balik!’

Artikel Berkaitan: