Bukan bola api tapi tanglung

'Bola api' yang menggemparkan penduduk namun dipercayai hanyalah tanglung. - Foto Detik News
'Bola api' yang menggemparkan penduduk namun dipercayai hanyalah tanglung. - Foto Detik News
A
A
A

JAWA BARAT - Penduduk di Kampung Curug, Kota Bojongsari Depok gempar selepas melihat 'bola api' di kawasan kampung itu pada Ahad lalu.

Kemunculan 'bola api' ini dirakam oleh penduduk menggunakan kamera pada jam 9.45 malam sebelum dimuat naik di laman sosial sehingga tersebar, lapor Detik News.

Dalam video durasi kira-kira lima saat itu, kedengaran si perakam menyebut tentang ilmu sihir.

Sementara itu, Ketua Polis Sawangan, Kompol Suprasetyo berkata, penampakan objek terapung itu bukan bola api atau sihir seperti mana dakwaan dalam video tersebut.

Suprasetyo menegaskan bahawa objek itu adalah tanglung yang tidak ada kaitan dengan perkara misteri.

"Objek itu adalah tanglung lampu dan kejadian itu sudah lama berlaku.

"Saya meminta seluruh masyarakat agar tidak mempercayai maklumat tidak sahih kerana boleh menimbulkan kekeliruan.

"Marilah kita bijak menilai sesuatu perkara sebelum dimuat naik di laman sosial," katanya.

Artikel Berkaitan: