Lelaki meninggal dunia disyaki akibat kencing tikus

Dr Alias Razak
Dr Alias Razak
A
A
A

KUALA TERENGGANU – [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki meninggal dunia manakala dua lagi rakannya dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas disyaki dijangkiti Leptospirosis atau kencing tikus.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, mangsa dimasukkan ke HSNZ pada Ahad lalu dan disahkan meninggal dunia semalam.

Menurutnya, dua rakannya dimasukkan ke HSNZ semalam dan keadaan kini dilaporkan stabil.

“Mereka disyaki terkena jangkitan kencing tikus berdasarkan simptom ditunjukkan dan kita sedang menunggu keputusan ujian darah semua mangsa,” katanya kepada media selepas hadir ke Majlis Ramah Mesra Media di Hotel Paya Bunga di sini hari ini.

Dr Alias berkata, berdasarkan laporan ketiga-tiga mangsa bersama satu kumpulan seramai 12 orang telah melakukan aktiviti rekreasi di Lubuk Sungai Kerawat, Jerantut pada minggu lepas dan mula mengalami demam serta sakit badan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mengunjungi mana-mana kawasan air terjun atau hutan lipur pada ketika ini bagi mengelak insiden sama berlaku apatah lagi di saat wabak koronavirus (Covid-19) belum selesai.

“Jadi kita minta orang ramai tidak pergi mandi-manda di kawasan air terjun buat masa ini apatah lagi dalam tempoh PKP ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: