Tiada perjumpaan pimpinan PH Plus hari ini

Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada sebarang mesyuarat atau perjumpaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya yang kini dikenali sebagai PH Plus di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dalam satu kenyataannya sebentar tadi.

"Harap maklum, tiada pertemuan di ibu pejabat Keadilan (PKR) hari ini," kata Fahmi.

Bagaimanapun beliau memaklumkan, kenyataan rasmi pimpinan akan dikeluarkan petang atau lewat hari ini.

Selasa minggu lalu, satu mesyuarat bersama pimpinan PH Plus berlangsung di ibu pejabat PKR dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan panel utama terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Turut menyertainya, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selain kepimpinan tertinggi setiap parti.

Perbincangan dikatakan berkisar pendirian setiap parti dalam soal mendapatkan semula mandat rakyat menjadi agenda utama. Dilaporkan perbincangan itu menampakkan kemajuan yang positif.

Mesyuarat itu juga dikatakan bagi mencapai persetujuan bersama berhubung calon Perdana Menteri pakatan politik itu, namun tiada kata putus diumumkan setelah tamatnya mesyuarat kira-kira tiga jam itu.

Artikel Berkaitan:

Segala keputusan hanya dimuktamadkan dalam masa seminggu iaitu pada hari ini dan dijangka kenyataan rasmi mengenai teka-teka siapa akan menjadi calon Perdana Menteri PH Plus dijangka diumumkan petang ini.