UMNO bukan parti talian hayat

Mohamed Khaled
Mohamed Khaled
A
A
A

JOHOR BAHRU - UMNO bukan talian hayat untuk menyelamatkan parti lain atau pemimpin politik sebaliknya sentiasa bersedia membela nasib rakyat.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UMNO dengan tegas tidak akan berkorban untuk memberi 'nyawa' kepada mereka yang meninggalkan parti itu ketika tewas suatu masa dahulu.

Justeru katanya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu berkorban membangunkan kekuatan sendiri sebelum menguatkan Perikatan Nasional ( PN).

"Bukan menuntut pengorbanan UMNO. Untuk menjadi rakan strategik UMNO, Bersatu mesti mempunyai kekuatan tersendiri yang akan menghasilkan manfaat menang-menang kepada UMNO," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menggesa UMNO berkorban dengan tidak lagi mendominasi PN seperti yang dilakukan dalam Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen Bersatu sokong pembangkang boleh gugur keahlian

Tambah Khaled, lebih baik bagi UMNO menumpukan kekuatan dan tenaganya untuk meyakinkan lebih ramai orang Melayu menyertai misinya daripada memikirkan hal mereka yang pernah mencemuh, mencaci dan membenci UMNO.

"UMNO bukan untuk sesetengah elit atau mereka yang berasa koridor kuasa milik mutlaknya sebaliknya untuk orang Melayu dan negara Malaysia yang lebih baik.

Artikel Berkaitan:

"UMNO sedar dan insaf, survivalnya kepada undi orang Melayu dan bukan Melayu. Bukan pada kerjasama politik yang bersifat sementara di peringkat yang tidak pun mewakili keseluruhan parti," katanya.