Dr Noor Hisham kembali ke bilik bedah

 Selepas sekian lama tidak beraksi di dewan bedah.
Selepas sekian lama tidak beraksi di dewan bedah.
A
A
A

SHAH ALAM – Sejak beberapa bulan lalu, 'hero negara' ini setiap hari tidak lekang memberikan maklumat terkini perkembangan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) di Malaysia menerusi sidang media yang disiarkan secara langsung.

Dalam masa bertungkus-lumus bersama pasukan barisan hadapan memerangi Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah masih berkesempatan melakukan pembedahan tiroidektomi untuk seorang pesakit yang menghidap goiter (bengkak di leher yang disebabkan oleh kelenjar tiroid) pagi tadi.

Menerusi status dan tiga gambar yang dikongsikan beliau dalam akaun Facebooknya, Dr Noor Hisham yang juga pakar bedah berkata, berada di dalam dewan pembedahan ternyata berjaya mengurangkan sedikit tekanan selepas beberapa bulan bertungkus-lumus menangani pandemik Covid-19.

“Pagi ini saya berjaya melakukan tiroidektomi untuk pesakit yang didiagnosis mengalami goiter (bengkak di leher yang disebabkan oleh kelenjar tiroid).

“Berasa sungguh menyegarkan apabila berada di bilik pembedahan dan ia menenangkan withdrawal symptoms saya. Saya juga berpeluang bertemu dengan dengan semua kakitangan dewan pembedahan (OT)," tulisnya di Facebook hari ini.

 Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah

Menurut Dr Noor Hisham, beliau turut diberi penerangan mengenai aliran kerja dan prosedur operasi standard (SOP) bagi pesakit positif Covid-19 yang perlu menjalani pembedahan.

“Setiap hari memberi pembelajaran dan cabaran baharu untuk kami membuat persediaan untuk menghadapi situasi paling teruk, dan saya kagum dengan keikhlasan, kekuatan dan kreativiti dipamerkan petugas barisan hadapan kita.

Artikel Berkaitan:

“Tatkala berdepan dengan situasi pandemik, ia memberi banyak pengajaran bernilai tentang perpaduan dan solidariti. Adalah penting untuk kita mengambil semua langkah berjaga-jaga dan memastikan kebersihan diri,” katanya

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, disebabkan pandemik itu, beliau dan petugas barisan hadapan dapat menjalin hubungan dengan lebih baik antara satu sama lain dan terus berusaha untuk menerokai idea dan inovasi baharu.

“Kita kini berada dalam fasa pemulihan, namun cabaran sebenarnya bermula sekarang untuk rakyat mematuhi SOP.

“Rakyat mampu untuk melakukan perkara mustahil ini kerana sekarang sudah ada harapan dan cahaya di hujung terowong untuk mengakhiri transmisi Covid-19,” katanya.

Dr Noor Hisham bersama teamnya melakukan pembedahan tiroidektomi untuk seorang pesakit yang menghidap “right dominant multinodular goitre” pagi ini.
Dr Noor Hisham bersama teamnya melakukan pembedahan tiroidektomi untuk seorang pesakit yang menghidap “right dominant multinodular goitre” pagi ini.