Bertengkar sampai bakar isteri

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

KANAZAWA - JEPUN. Polis di Kanazawa, wilayah Ishikawa telah memberkas seorang lelaki warga emas berusia 80 tahun kerana disyaki membakar isterinya.

Menurut polis, kejadian itu berlaku pada jam 2.30 petang pada Jumaat lalu.

Seorang pejalan kaki bertindak segera menghubungi polis selepas mendapati seorang individu terbakar di kerusi hadapan sebuah kereta.

Polis dan bomba yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati seluruh tubuh Masuko Miyabara, 79, melecur teruk.

Mangsa bagaimanapun meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

"Suaminya ditemui berhampiran dalam sebuah kereta lain dengan kesan melecur pada kakinya. Dia mengaku melakukan perbuatan itu. Dia mendakwa hilang sabar selepas bertengkar dengan isterinya. Lelaki itu kemudiannya menyimbah minyak dan menggunakan pemetik api untuk membakar mangsa," jelas jurucakap polis.

Difahamkan, pasangan warga emas itu tinggal berasingan. - Japan Today

Artikel Berkaitan: