Wilayah Persekutuan benar wanita berjemaah di surau, masjid

DR ZULKIFLI
DR ZULKIFLI
A
A
A

SHAH ALAM - Jemaah wanita kini dibenarkan untuk solat di masjid atau surau dengan syarat bersama mahram, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Bagaimanapun, ketetapan itu hanya untuk Wilayah Persekutuan sebagaimana yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Saya maklum jauh di sudut hati wanita-wanita di luar sana, teringin untuk kembali beribadah di rumah ALLAH SWT.

"Berita gembira buat semua Muslimah, anda juga dibenarkan untuk ke masjid dan surau dengan syarat bersama-sama dengan mahram anda," katanya pada Sidang Akhbar Khas hari ini.

Tambah beliau, tiada had umur ditetapkan bagi warga emas untuk hadir sebagai jemaah dengan syarat individu itu sihat.

"Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, jemaah yang bergejala dan menghidap penyakit kronik tidak dibenarkan hadir buat masa ini.

"Masjid turut dibuka di ruang tertentu untuk mereka yang ingin singgah solat seperti musafir, pemandu dan rider perkhidmatan e-hailing," katanya.

Artikel Berkaitan: