Kelantan tetap laksana sekatan jalan raya

Tinjauan Sinar Harian di sempadan Kelantan dan Terengganu mendapati sekatan jalan raya berhampiran Balai Polis Bukit Yong masih berjalan seperti biasa meskipun larangan rentas negeri sudah ditarik balik bermula hari ini.

A
A
A

PASIR PUTEH - Polis Kelantan tetap melaksanakan sekatan jalan raya secara berkala di beberapa pintu masuk ke negeri ini meskipun larangan rentas negeri sudah ditarik balik sejurus kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, sekatan jalan raya di bawah Operasi Benteng Koronavirus (Covid-19) merupakan salah satu bentuk pencegahan perlakuan jenayah selain mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Bila peraturan ini dilonggarkan oleh kerajaan, saya percaya ada pihak yang akan mengambil kesempatan termasuklah menggunakan laluan tikus.

"Namun polis sentiasa peka dengan situasi semasa dan kawalan sempadan negeri serta Malaysia-Thailand di negeri ini tetap kita perketatkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Tinjauan Sinar Harian di sempadan Kelantan dan Terengganu mendapati sekatan jalan raya berhampiran Balai Polis Bukit Yong masih berjalan seperti biasa meskipun larangan rentas negeri sudah ditarik balik bermula hari ini.

Hasanuddin Hassan
Hasanuddin Hassan

Dalam perkembangan lain, Hasanuddin menasihatkan orang ramai yang merentas negeri dan masuk ke Kelantan bermula hari ini supaya patuh kepada peraturan jalan raya dan undang-undang.

Katanya, polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan.

Artikel Berkaitan:

"Bukan itu sahaja, kita juga akan turut membantu melicinkan pergerakan lalu lintas di negeri ini bagi memastikan ia berjalan lancar," katanya.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan PKPP mulai 10 Jun hingga 31 Ogos.

Menerusi perlaksanaan PKPP ini, kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri.

Bagaimanapun kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditegah untuk merentas negeri.