Fosil spesies katak langka berusia dua juta tahun ditemui

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BUENOS AIRES - Ahli paleontologi Argentina telah menemui fosil spesies katak langka yang hidup dua juta tahun lalu.

Semalam, Agensi Sains dan Teknologi di La Matanza National University memaklumkan penemuan fosil itu dibuat pada kedalaman 44 meter ketika proses penggalian sebuah telaga di San Pedro terletak kira-kira 180 kilometer di utara Buenos Aires.

Penyelidik di Muzium Sains Semula Jadi, Federico Agnolin berkata, fosil itu turut mengandungi humerus (tulang dalam badan dari bahu ke siku) amfibia kecil tersebut.

“Penemuan spesies baharu amfibia era prasejarah itu memberi kelebihan kepada kajian paleontologi di Argentina,” ujarnya. - AFP

Artikel Berkaitan: