X

Kindly register in order to view this article
!

KKM, KPM mesyuarat esok bincang tarikh buka sekolah

Gambar hiasan.
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KPM) akan mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) esok bagi membincangkan tempoh sesuai untuk membuka semula sekolah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, ibu bapa akan dimaklumkan dua minggu lebih awal sebelum sekolah dibuka bagi membolehkan persiapan dilakukan.

"Kita akan bincangkan dengan lebih mendalam dengan KPM esok.

"Tetapi seperti mana yang dimaklumkan kita akan beri keutamaan kepada pelajar Tingkatan Lima dan Enam dahulu," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada KKM telah memberi nasihat kepada KPM untuk menentukan tarikh sesuai pembukaan semula sekolah.

Menurut Dr Noor Hisham, pembukaan sektor pendidikan khususnya sekolah antara perkara yang akan dibuat selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Seperti yang kita sedia maklum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan tamat dan dalam proses tersebut banyak sektor akan dibuka (termasuk sekolah," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!