Jaminan kesebelasan utama faktor Werner pilih Chelsea

Timo Werner
Timo Werner
A
A
A

BEKAS pemain Liverpool, Jamie Redknapp percaya faktor jaminan bermain dalam kesebelasan utama menyebabkan penyerang RB Leipzig, Timo Werner memilih untuk menyertai Chelsea.

Menurutnya, tempat Werner sebagai pemain utama Chelsea terbuka luas melihatkan persaingan yang kurang sengit di bahagian serangan The Blues.

"Dia mungkin melihat bahagian serangan Chelsea sekarang dengan Wilian dan Pedro akan tamat kontrak pada musim panas ini dan membuka peluangnya untuk menembusi kesebelasan utama pasukan.

"Tammy (Abraham) pula memang bermain baik di jentera serangan, tapi Werner mampu bermain di tiga posisi depan pasukan," katanya.

Werner dilaporkan sudah memberikan lampu hijau kepada Chelsea dan The Blues hanya perlu menebus klausa perpindahan untuk mengesahkan perpindahan pemain berusia 24 tahun itu.

Dalam pada itu, Redknapp turut memuji langkah pantas Chelsea mengukuhkan pasukan dan membina skuad muda selepas terlebih dahulu berjaya merekrut Hakim Ziyech dari Ajax.

"Mereka sudah mendapatkan Ziyech dan dia pembeliaan yang sangat bagus. Frank Lampard sedang membangunkan pasukan yang muda dan berkualiti.

"Lampard membuktikan bahawa dia mampu menguruskan Chelsea dengan baik selain mereka kini mampu mengakhiri liga di kedudukan empat teratas.

Artikel Berkaitan:

"Ia juga menjadi faktor pemain seperti Werner dan Ziyech mahu menyertai pasukan itu. Saya yakin Chelsea bakal menjadi pasukan pencabar pada masa akan datang," katanya.