Covid-19: Putera William jadi sukarelawan talian bantuan

Putera William dan isterinya, Kate Middleton menjadi sebahagian sukarelawan bagi membantu mereka yang memerlukan ketika pandemik Covid-19. - Foto AFP
Putera William dan isterinya, Kate Middleton menjadi sebahagian sukarelawan bagi membantu mereka yang memerlukan ketika pandemik Covid-19. - Foto AFP
A
A
A

LONDON - Putera William mendedahkan beliau telah menjadi pembantu tanpa nama yang memberikan bantuan secara dalam talian ketika lockcdown akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Duke of Cambridge itu berkhidmat dengan Shout 85258, sebuah perkhidmatan talian bantuan pesanan teks yang dibangunkan oleh Royal Foundation dan pendedahan tersebut dibuat kepada awam sempena Minggu Sukarelawan.

Bulan lalu, William memaklumkan perkara berkenaan kepada rakan sukarelawan dalam panggilan video yang kemudiannya dikongsi di media sosial pada Jumaat lalu.

"Saya akan berkongsi rahsia dengan kamu semua, saya sebenarnya adalah sebahagian daripada sukarelawan," katanya.

William yang merupakan pewaris kedua takhta Britain adalah salah seorang daripada 2,000 sukarelawan yang dilatih secara formal untuk membantu mereka yang memerlukan.

Lebih 300,000 perbualan teks telah dibuat antara sukarelawan dengan individu yang memerlukan sokongan kesihatan mental, di mana kira-kira 65 peratus daripadanya berusia di bawah 25 tahun.

Isteri William, Kate Middleton atau Duchess of Cambridge turut menghulurkan bantuan dengan mengambil bahagian dalam panggilan check in and chat bagi membantu mereka yang sedang dikuarantin atau terdedah kepada risiko jangkitan ketika pandemik tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: