Letak jawatan sebab tak yakin dapat pertahan Sri Gading: Mohd Puad

Tangkap layar Facebook Mohd Puad.
Tangkap layar Facebook Mohd Puad.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya kerana beliau tidak yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Sri Gading dalam pilihan raya akan datang tanpa sokongan DAP.

Mohd Puad berkata, ini kerana Shahruddin mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan 'mati' kerana parti itu tiada sokongan ahli yang cukup di peringkat akar umbi sementara UMNO pula mempunyai sokongan besar di kawasan Sri Gading.

Mohd Puad Zarkashi.
Mohd Puad Zarkashi.

“Semalam sahlah Dr Shaharuddin letak jawatan sebagai Timbalan Menteri JKR (Kerja Raya). Tapi dia masih main wayang sama ada sokong PH (Pakatan Harapan) atau PN (Perikatan Nasional). Kenapa letak jawatan? Dia beritahu kawan rapatnya, Bersatu akan mati kerana tidak ada “grassroot”.

“Menurutnya (Shahruddin), Muhyiddin tidak buat apa apa untuk memperkukuhkan parti. Dengan keahlian Bersatu 500 orang di Sri Gading sedangkan UMNO 30K (ribu) ahli, dia tidak yakin boleh menang lagi di Sri Gading tanpa sokongan DAP.

“Bahkan menjadi calon pun belum tentu kerana UMNO dan PPBM (Bersatu) bekerjasama dalam PN. Itulah juga alasan Datu Seri Mohd Redzuan Yusof bekas Menteri ‘kereta terbang’ apabila timbul ura ura dia juga akan letak jawatan. Padanya Bersatu tunggu masa untuk berkubur macam Semangat 46.

“Sebab itu dalam mesyuarat MPT (Majlis Pimpinan Tertinggi) Bersatu malam tadi, antara yang diputuskan ialah untuk “formalise” penubuhan PN. Ini semua untuk survival Bersatu. Tetapi UMNO telah buat keputusan tolak pendaftaran PN sebagai badan formal. UMNO tidak akan sign (tanda tangan)” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Puad yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat mempersoalkan langkah Muhyiddin seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan Menteri Kerja Raya letak jawatan

Artikel Berkaitan: