Program Subsidi Upah dilanjutkan tiga bulan: PM

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan melanjutkan Program Subsidi Upah untuk tempoh tiga bulan bagi menangani cabaran kadar pengangguran akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program yang diperkenalkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pakej Prihatin PKS Tambahan itu disambut baik oleh pekerja dan majikan.

Menurutnya, program tersebut sebelum ini berjaya menyelamatkan lebih 2.2 juta pekerjaan.

“Bagi membantu syarikat dalam tempoh pembukaan semula ekonomi, kerajaan akan melanjutkan Program Subsidi Upah selama tiga bulan lagi.

“Memandangkan ekonomi telah dibuka secara berperingkat, subsidi upah ini ditetapkan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksima 200 pekerja bagi setiap syarikat,” katanya ketika mengumumkan Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan dan media sosial, hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: