Rokok seludup bernilai lebih RM1 juta dirampas di Muar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 4,650 karton rokok seludup pelbagai jenama bernilai lebih RM1 juta termasuk cukai dalam Op Benteng Covid-19 di Muar, Johor semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA Bakri, Muar, Superintendan Rozasin Ramlan berkata, dalam operasi 5.30 petang di Kampung Sabak Aur itu, seorang lelaki berusia 51 tahun turut ditahan.

"Hasil serbuan sepasukan dari Batalion 6 telah merampas sebanyak 4,650 karton rokok pelbagai jenama yang tidak mempunyai setem cukai kastam dan terdapat juga setem cukai kastam yang meragukan.

"Nilai anggaran keseluruhan rampasan termasuk cukai adalah lebih RM1 juta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk tindakan lanjut.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!