Jabatan netizen pantas mula buat ‘kerja’

Gambar hiasan -Foto 123rf
Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A
A

SEMALAM, Sinar Harian menyiarkan satu analisis berita bertajuk: Perbincangan Muhyiddin, Bersatu sertai UMNO. Artikel tersebut merupakan pandangan penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain dan dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Tan Sri Rais Yatim.

Artikel tersebut memang paling ‘hot’ di portal Sinar Harian dan hampir 1,000 orang berkongsi artikel tersebut daripada Facebook Sinar Harian.

Seorang sahabat menghubungi Merak Jalanan melalui aplikasi WhatsApp dan bertanyakan pendirian Sinar Harian apabila menyiarkan artikel tersebut.

“Sinar Harian sokong siapa?”

Merak Jalanan jelaskan padanya, apabila menerbitkan sesuatu kenyataan, Sinar Harian hanya akan menyiarkan fakta. Sama ada ia berkaitan isu politik ataupun isu semasa. Tiada niat lain. Merak Jalanan turut menjelasakan yang Sinar Harian tidak akan sesekali mengubah fakta yang sedang berlaku.

Sinar Harian akan sentiasa seimbang, telus dan adil kepada semua pihak, baik dalam politik atau di luar politik.

Selepas selesai membalas WhatsApp, Merak Jalanan cuba meneliti komen-komen di Facebook pada artikel tersebut:

“Tahniah TSMY PM8. 100 hari memerintah walaupun dalam suasana wabak pendemik, alhamdulillah dapat membawa Malaysia ke landasan betul”

Artikel Berkaitan:

“Saya sokong sebarang usaha untuk kukuhkan penyatuan ummah. Pemimpin yang tak elok, kita buang jangan kira dari parti mana.”

Itu semua antara komen netizen di media sosial yang Merak Jalanan baca. Dalam hati Merak Jalanan cuma boleh kata, jabatan netizen sudah mula bertugas.

Sebagaimana mereka boleh merubah sebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi, nampaknya mereka akan mula ‘kerja’ lagi. Mereka adalah rakyat Malaysia yang semakin matang dan tahu hak untuk memilih siapa kerajaan yang mereka mahukan. Hati-hati YB, anda sedang diperhatikan.