JBPM lancar PBSMarin bantu Sar di laut

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (dua, kanan) beramah mesra bersama Tengku Norizan Che Ku Ali yang merupakan sebahagian 27 anggota Bomba Sukarela Marin pada Pelancaran Pasukan Bomba Sukarela Marin di Balai Bomba Sukarela Marin Penempatan Semula Nelayan Tok Bali, Kampung Pak Mayong hari ini.
Turut sama Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Amer Yusof (kiri).- Foto Bernama
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (dua, kanan) beramah mesra bersama Tengku Norizan Che Ku Ali yang merupakan sebahagian 27 anggota Bomba Sukarela Marin pada Pelancaran Pasukan Bomba Sukarela Marin di Balai Bomba Sukarela Marin Penempatan Semula Nelayan Tok Bali, Kampung Pak Mayong hari ini. Turut sama Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Amer Yusof (kiri).- Foto Bernama
A
A
A

PASIR PUTEH - Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Marin akan diwujudkan di seluruh negara dengan pasukan di Kelantan sebagai kumpulan perintisnya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pasukan itu diwujudkan secara berperingkat dengan mengutamakan negeri yang lebih berkeperluan.

“Pasukan ini diberikan latihan khususnya untuk operasi menyelamat di air. Menariknya, nelayan tempatan dilatih untuk menjadi anggota PBS memandangkan mereka lebih arif dengan persekitaran setempat.

“Sebagaimana yang kita tahu Tok Bali ini ialah kawasan marin yang aktif dengan aktiviti ekonomi, PBS Marin memang diperlukan,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran PBS Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Penempatan Semula Nelayan di Tok Bali di sini, hari ini.

Menurutnya, selepas kejayaan membentuk PBS Marin Tok Bali, Bachok, Tumpat dan Kuala Besar, pasukan itu dikembangkan ke Kedah selepas ini.

“Setakat mereka diberikan elaun bertugas sebanyak RM6 satu jam dan dibayar mengikut jumlah jam mereka bekerja. Mereka menggunakan aset bomba sedia ada. Kerajaan akan mempertimbangkan penyediaan bot dengan kelengkapan berkaitan bernilai RM100,000 kepada setiap PBS Marin suatu masa nanti,” katanya.

Artikel Berkaitan: