X

Kindly register in order to view this article
!

Ali Rustam TYT Melaka ketujuh

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan bergambar bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) dan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Melaka Ketujuh Tun Mohd Ali Mohd Rustam selepas Upacara Pengurniaan Watikah Pelantikan TYT Yang Dipertua Negeri Melaka Ketujuh di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Melaka ketujuh kepada Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Negara.

Pelantikan bekas Ketua Menteri Melaka itu berkuat kuasa hari ini sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang tamat tempoh perkhidmatan hari ini.

Selepas istiadat pengurniaan watikah itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun kepada Mohd Ali.

Istiadat pengurniaan yang berlangsung petang ini turut disaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Selepas istiadat itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan berangkat ke Majlis Santapan Petang Sempena Pelantikan TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka di dewan santapan.

Mohd Ali, 70, yang merupakan anak jati Bukit Katil, pernah berkhidmat sebagai ketua menteri Melaka dari 1999 hingga 2013. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!