X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Penunggang motosikal maut, tiga cedera

Seorang maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 15.2 Lebuhraya LATAR malam tadi.
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang maut manakala tiga lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 15.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) malam tadi.

Kejadian jam 11 malam itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Afiq Mohd Ideros, 25, yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 beralamat di Bandar Tasik Puteri meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila dua motosikal di lorong kanan jalan dalam perjalanan dari arah Kuala Selangor menghala Kuala Lumpur sebelum bergesel antara satu sama lain.

"Akibatnya seorang penunggang Yamaha LC berusia 25 tahun terbabas di lorong kanan jalan dan mangsa terbabas lalu melanggar simen konkrit pembahagi jalan di lorong sama," katanya.

Bagaimanapun katanya, mangsa yang maut itu kemudian dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun dari arah sama.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ke laluan bertentangan dan dilanggar sebuah motosikal lain yang tidak sempat mengelak," katanya.

Menurut Ramli, mangsa mengalami kecederaan parah seluruh badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat, manakala, dua penunggang motosikal dan sebuah kereta terbabit dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!