X

Kindly register in order to view this article
!

BN sedia hadapi PRU15, kata Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak.
A
A

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika Parlimen dibubarkan bagi mengembalikan kestabilan politik, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN berkata, gabungan parti itu konsisten menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga PRU15.

Mengulas catatan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin, beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) masih mahu menjatuhkan kerajaan PN walaupun Yang di-Pertuan Agong di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah bertitah supaya tidak lagi menimbulkan kembali kemelut politik.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO rancang jatuhkan Muhyiddin? - A Kadir Jasin

"(Yang di-Pertuan) Agong boleh gunakan kebijaksanaan dan kuasa Seri Paduka Baginda untuk bubarkan Parlimen bagi menyelesaikan masalah ketidakstabilan politik negara. Pada masa itu, BN sedia turun ke padang untuk lawan PH dalam PRU.

"Itulah maksud kita. Kita sokong kerajaan PN hingga PRU-15. Tapi jika PH buat hal lagi, BN sedia menghadapi PRU supaya kestabilan politik dapat dipulihkan," kata Najib dalam satu hantaran di Facebooknya, petang tadi.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerajaan yang stabil amat penting bagi menghadapi dan melawan krisis melanda negara ketika ini akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

"Supaya kerajaan cukup stabil menghadapi dan melawan krisis. Ada faham, Pak Kadir? Apa yang Pak Kadir takut dengan PRU," kata Najib lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib, Ahmad Zahid bincang persediaan PRU15

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi isyarat partinya telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU15 selepas menerima kunjungan bekas Perdana Menteri itu di kediamannya malam tadi.

"Kami sudah siap siaga untuk PRU15. Adakah anda semua sudah bersedia bersama kami," soalnya di Facebook hari ini.

Berikutan itu, A Kadir Jasin mempersoalkan kesediaan Presiden UMNO itu jika ia bermaksud parti dipimpin Ahmad Zahid itu merancang mencetuskan pilihan raya lebih awal.

Beliau mempersoalkan adakah UMNO, BN sudah bersedia menjatuhkan kerajaan Melayu-Islam dalam PN, pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bagi memaksa PRU15 diadakan lebih awal?

Menurutnya, bubarkan Parlimen dan adakan pilihan raya umum lebih awal adalah mantera UMNO atau adakah kedua-dua mereka hendak membayangkan dan meyakinkan penyokong bahawa mereka akan terlepas kes jenayah di mahkamah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!