X

Kindly register in order to view this article
!

Penoreh terkejut jumpa ular sawa 100kg

Ular sawa seberat 100kg ditemui berhampiran sebatang anak sungai oleh seorang penoreh getah ketika dalam perjalanan ke kebunnya.
A
A

JELI - Seorang penoreh getah yang dalam perjalanan ke kebunnya terkejut melihat seekor ular sawa seberat 100 kilogram (kg) berhampiran anak sungai di Kampung Lawar, di sini pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jeli, Leftenan (PA) Ahmad Suhaizi Ahmad Suhaimi berkata, ular itu ditemui kira-kira jam 9.30 pagi sebelum penoreh berkenaan menghubungi APM.

"Empat anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Anggota APM Jeli menunjukkan ular sawa seberat 100kg yang ditangkap di Kampung Lawar, pagi tadi.
Anggota APM Jeli menunjukkan ular sawa seberat 100kg yang ditangkap di Kampung Lawar, pagi tadi.

Katanya, tugas menangkap reptilia itu turut dibantu penduduk kampung dan anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela).

"Haiwan ini akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan dalam masa terdekat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Suhaizi menasihatkan orang ramai khususnya penoreh getah supaya sentiasa waspada dengan keadaan di sekeliling bagi memastikan keselamatan mereka sentiasa berada pada tahap terbaik.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus