Bersatu Perak umum keluar PH

Kenyataan rasmi dikeluarkan Bersatu Perak.
Kenyataan rasmi dikeluarkan Bersatu Perak.
A
A
A

IPOH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak umum keluar daripada Pakatan Harapan (PH), hari ini.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), pada 23 Februari lalu bagi membentuk sebuah gabungan parti baharu bersama parti politik lain.

Hasrat keluar PH itu mendapat sokongan daripada 24 Ketua Bahagian Bersatu termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku Ketua Bahagian Tambun.

Turut menandatangani persetujuan, 24 Ketua Srikandi Bahagian dan 21 Ketua Armada Bahagian.

Dalam satu kenyataan kepada media, Badan Pimpinan negeri Bersatu Perak menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap pembentukan Kabinet di bawah gabungan politik baru Kerajaan Perikatan Nasional (PN) demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara khususnya di Perak.

"Sehubungan itu, kami barisan Badan Pimpinan Negeri Bersatu Perak akan terus memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8, juga mengekalkan jawatan beliau sebagai Presiden Bersatu," katanya.

Artikel Berkaitan: