3,992 pemandu mabuk ditahan sejak 2018

Azisman Alias
Azisman Alias
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 3,992 pemandu mabuk ditahan bagi sejak tahun 2018 sehingga Mei ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, sebanyak 1,589 tangkapan direkodkan pada tahun 2018 manakala 1,581 tahun lalu.

Bagaimanapun bagi tempoh lima bulan tahun ini sebanyak 822 tangkapan direkodkan.

"Jumlah keseluruhan tangkapan itu hasil 2,248 operasi membabitkan 5,893 saringan. Selain itu, sepanjang tahun 2018 sehingga Mei lalu, kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk ini merekodkan 70 kes," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Azisman berkata, daripada kemalangan itu, seramai 29 membabitkan kes maut dan 41 cedera.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan seramai 50 individu dituduh di mahkamah membabitkan

22 individu pada tahun 2018 dan masing-masing 18 dan 10 individu pada tahun 2019 dan sehingga Mei tahun ini.

"Tindakan telah diambil di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, polis memandang serius isu berkenaan dan tindakan tegas akan diambil tanpa sebarang kompromi selain pelaksanaan operasi khas secara kerap selain mengeluarkan kompaun RM1,000 kepada individu terlibat.

Azisman sebelum ini menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mempertingkatkan operasi Op Mabuk di setiap negeri bagi menangani kesalahan membabitkan pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol.