Tiada gerakan lompat parti ADUN Bersatu di Johor

Senator Md Nasir (tengah).
Senator Md Nasir (tengah).
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menafikan dakwaan wujud gerakan lompat parti melibatkan 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.

Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Senator Md Nasir Hashim berkata, tidak timbul isu ADUN Bersatu di negeri ini mahu lompat parti kerana masing-masing kukuh bersama parti dan menyokong Perikatan Nasional.

"Setakat ini, Perikatan Nasional Johor OK masih kuat, tiada bunyi ADUN akan bertukar arah walaupun ada cakap-cakap kononnya terdapat gerakan melompat parti.

ARTIKEL BERKAITAN: PH terbuka terima ADUN pro Tun M

"Maklumlah kedudukan kerusi Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) tipis. Perikatan Nasional ada 29 kerusi manakala PH 27 kerusi. Sebab itu lompat parti jadi tumpuan.

"Saya yakin gerakan lompat parti itu tiada, sebab saya sendiri sentiasa berhubung dengan Perhubungan Bersatu negeri. Bersatu Johor ada strateginya sendiri untuk kekalkan ADUN Bersatu ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mengulas mengenai sokongan ketua bahagian Bersatu di negeri ini terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi pemimpin, beliau yakin akan memperoleh 20 sokongan ketua bahagian dalam minggu ini.

Pada 29 Mei, Md Nasir mengadakan sidang akhbar memaklumkan beliau sudah mendapatkan sokongan daripada 10 ketua bahagian Bersatu di Johor menyokong keputusan pemecatan Dr Mahathir dan empat lagi pemimpin tertinggi parti berkenaan.

Terdahulu sebuah portal mendakwa kerajaan Perikatan Nasional di Johor berada dalam keadaan tidak menentu dan boleh hilang sokongan jika ada ADUN dari Bersatu menarik balik sokongan mereka.

Artikel Berkaitan: