Penduduk kumpul duit, kerah keringat baiki jambatan Temalir

Penduduk Kampung Temalir bukan sahaja mengerah keringat malah sanggup mengeluarkan wang dari poket sendiri semata-mata mahu membaik pulih jambatan yang rosak bagi memastikan urusan harian mereka berjalan lancar.

A
A
A

KUALA KRAI - Penduduk Kampung Temalir di sini bukan sahaja mengerah keringat, malah sanggup mengeluarkan wang dari poket sendiri semata-mata mahu membaik pulih jambatan yang rosak bagi memastikan urusan harian mereka berjalan lancar termasuklah menghantar anak ke sekolah.

Menariknya, kerja-kerja membaikpulih jambatan yang dilakukan secara bergotong-royong itu turut mendapat bantuan dari anak-anak muda kampung berusia seawal 16 tahun.

Kesungguhan anak-anak muda itu dapat dilihat apabila mereka sanggup memotong, membelah dan mengusung kayu bagi memastikan jambatan tersebut dapat beroperasi dengan lebih sempurna apabila ia runtuh dihanyutkan arus deras selepas banjir besar melanda Kelantan pada penghujung 2014 lalu.

Wakil penduduk, Mat Ali Yaacob, 57, berkata, langkah segera itu diambil selepas mereka sudah tidak mampu untuk berdepan keperitan menggunakan laluan berbukit yang hanya boleh beroperasi ketika musim kemarau sahaja.

Kerja-kerja membaikpulih jambatan yang dilakukan secara bergotong-royong itu turut mendapat bantuan dari anak-anak muda kampung berusia seawal 16 tahun.
Kerja-kerja membaikpulih jambatan yang dilakukan secara bergotong-royong itu turut mendapat bantuan dari anak-anak muda kampung berusia seawal 16 tahun.

“Setiap kali hujan, jalan bukit itu hanya boleh digunakan oleh kenderaan pacuan empat roda sahaja kerana ia dilitupi dengan lumpur dan kurang sesuai untuk kereta,” katanya kepada Sinar Harian.

Kisah kegigihan penduduk kampung membaik pulih jambatan itu tular di laman sosial Facebook apabila ramai warga net memuji usaha itu.

Menurutnya, sebelum ini jambatan itu hanya boleh dilalui oleh pengguna motosikal, pengayuh basikal dan pejalan kaki kerana laluannya yang sempit.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bagi menyelesaikan masalah itu penduduk telah sepakat untuk mengeluarkan belanja sendiri dan bergotong-royong bagi membaik pulih jambatan tersebut.

"Jambatan ini pernah runtuh selepas banjir besar. Sejak itu ia dibaiki namun hanya boleh dilalui oleh motosikal dan pejalan kaki sahaja.

Kini jambatan Kampung Temalir boleh dilalui oleh semua kenderaan dimana sebelum ini hanya motosikal, basikal dan pejalan kaki sahaja yang boleh menggunakannya.
Kini jambatan Kampung Temalir boleh dilalui oleh semua kenderaan dimana sebelum ini hanya motosikal, basikal dan pejalan kaki sahaja yang boleh menggunakannya.

"Kami tunggu jambatan ini dibaiki sepenuhnya hampir lima tahun namun tiada tindakan yang diambil sehingga menyukarkan kenderaan untuk melaluinya," katanya.

Mat Ali berkata, penduduk akhirnya mengambil keputusan menggunakan batang pokok durian dan kayu-kayu kecil lain bagi membolehkan jambatan itu kembali beroperasi.

Katanya, sungguhpun penat mereka gembira apabila gotong-royong membaik pulih jambatan yang rosak itu berjaya disiapkan hasil keringat serta sumbangan wang penduduk kampung.