Pas gesa DAP Perak mohon maaf siar karikatur menghina

Hafez
Hafez
A
A
A

IPOH - Pas Perak menggesa DAP negeri mengemukakan permohonan maaf berikutan hantaran Facebook berserta karikatur yang menghina Islam dan pemimpin parti itu secara keterlaluan.

Ketua Penerangan Pas Perak, Hafez Sabri berkata, lakaran karikatur mirip Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu didakwa mencetuskan api kemarahan dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, hantaran yang dimuat naik di Facebook DAP Perak semalam jelas satu penghinaan keterlaluan.

"Begitu juga mengulang terma pintu belakang adalah propaganda jahat dan keengganan DAP menerima hakikat proses demokrasi dan keabsahan perundangan serta penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hafez berkata, susulan itu, Pas Perak menggerakkan semua 24 kawasannya di negeri ini membuat laporan polis mengenai hantaran dan karikatur tersebut.

Katanya, laporan polis yang dibuat itu bertujuan supaya pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku.

Artikel Berkaitan: