'Sampai bila nak biarkan pemandu mabuk terlepas?'

#PemanduMabukMembunuh di Twitter sehingga mencecah 30,000 ciapan. (Paparan Twitter Anep tular di laman sosial.)
#PemanduMabukMembunuh di Twitter sehingga mencecah 30,000 ciapan. (Paparan Twitter Anep tular di laman sosial.)
A
A
A

SHAH ALAM - Sejak kebelakangan ini, kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk semakin bertambah hingga membabitkan kematian.

Orang ramai terkesan dan kecewa apabila melihat nyawa melayang disebabkan kecuaian pemandu yang mementingkan diri sendiri memandu dalam keadaan mabuk.

Susulan itu, netizen di laman sosial melancarkan kempen tanda pagar #PemanduMabukMembunuh hingga trending teratas di Twitter.

Netizen dikenali Anep meminta orang ramai menyebarkan #PemanduMabukMembunuh kerana sudah tiba masanya pemandu mabuk itu dikenakan hukuman setimpal setelah ramai ahli keluarga kehilangan insan tersayang gara-gara perbuatan mereka.

"Selain daripada hukum pemabuk, boleh ke siasat juga individu yang ada di lokasi bersama pemabuk sebelum si pemabuk mula memandu kereta.

"Ini kerana mereka patut berasa tanggungjawab untuk pastikan sama ada pemabuk patut memandu atau tidak semasa meninggalkan tempat itu," luahnya.

Dalam pada itu, netizen juga meluahkan rasa marah, kecewa berhubung isu tersebut.

Kata @AimanTamizi, "Hukuman untuk pemandu mabuk yang langgar orang sampai mati ini patut gantung je. Baru adil."

Artikel Berkaitan:

Kenyataan @AimanTamizi juga disokong oleh @jaewoonbin dengan mempersoalkan isu tersebut seolah-olah tiada penghujung dan nokhtahnya.

"Sampai bila nak biarkan kes macam ni terlepas? Tolong lakukan sesuatu untuk kes ini. Ia semakin teruk hari demi hari," katanya.

Sementara itu @_wanbxjxrx, menggesa kerajaan melakukan sesuatu agar kes sama tidak berulang.

Sehingga kini, tanda pagar #PemanduMabukMembunuh di Twitter sehingga mencecah 30,000 ciapan.

Terdahulu, pemandu mabuk merempuh seorang penunggang motosikal sehingga maut ketika dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya di Lebuhraya Sultan Iskandar di sini awal pagi ini ditahan di Balai Polis Trafik Tun H S Lee.