X

Kindly register in order to view this article
!

Pengecualian caj RM1 di mesin ATM kekal

Ismail Sabri
A
A

PUTRAJAYA - Pengecualian caj RM1 di semua mesin juruwang automatik (ATM) bagi pengeluaran wang mesin MEPS masih dikekalkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan berakhir pada 9 Jun ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini, tiada perbincangan dan permohonan dibuat dengan pihak bank bagi mengubah pelaksanaan itu yang berkuat kuasa pada 6 April lalu.

"Tiada perubahan untuk bayaran RM1 bagi pengeluaran di mesin ATM, jadi kita masih boleh nikmati faedah diberikan itu setakat hari ini," katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini memutuskan bahawa semua institusi perbankan dan PayNet mengecualikan caj RM1 bagi pengeluaran wang antara bank di ATM yang menggunakan rangkaian Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) bagi mengelak kesesakan di kaunter bank. -Bernama

AKAN MENYUSUL


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!