Lesen baharu jual arak wajar dibeku

ANNUAR
ANNUAR
A
A
A

PUTRAJAYA- Pengeluaran lesen baharu penjualan arak wajar dibekukan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan itu perlu dilakukan sehingga suatu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.

"Dengan berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, adalah wajar pengeluaran lesen baru menjual arak dibekukan," katanya menerusi ciapan di Twitternya, hari ini.

Selain itu kata beliau, lesen premis pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu diperketatkan.

Isu pemandu mabuk yang menyebabkan kematian pengguna jalan raya menjadi kian hangat apabila semakin kerap insiden itu berlaku meskipun negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Terbaharu awal pagi tadi, penghantar makanan maut dirempuh pemandu di bawah pengaruh alkohol di Lebuhraya Sultan Iskandar jam 1.30 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk

Pada Sabtu lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Pada lima bulan pertama, lebih 20 kemalangan maut disebabkan oleh pemandu mabuk termasuk anggota polis yang bertugas dalam sekatan jalan raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN Hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk: PM

Artikel Berkaitan: