X

Kindly register in order to view this article
!

Keahlian Tun M, 4 lagi terhenti sebab langgar perlembagaan parti

Hamzah menunjukkan buku perlembagaan parti Bersatu selepas mengadakan sidang media yang diadakan di Menara Yayasan Selangor. - Foto: ROSLI TALIB
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dipecat daripada parti itu tetapi keahlian mereka terhenti kerana melanggar perlembagaan parti.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan itu diambil berlandaskan perlembagaan Bersatu kerana kepentingan parti lebih utama daripada kepentingan individu.

"Tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang parti yang mempunyai perlembagaannya sendiri.

"Banyak aduan yang telah diterima mengenai salah laku mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Bersatu di sini hari ini.

Semalam, Bersatu mengeluarkan surat kepada Dr Mahathir dan empat lagi Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah sebagai notis pemberitahuan kedudukan keahlian mereka yang terhenti secara serta-merta.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, antara salah laku itu ialah Dr Mahathir telah mengumumkan untuk masih bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) sebaik sahaja Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk di bawah kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, Dr Mahathir juga telah membuat kenyataan bersama dengan ketua-ketua parti PH mendesak supaya sidang Parlimen dilanjutkan pada 4 Mei lalu.

"Dr Mahathir turut mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin yang telah dilantik dengan sahnya sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Dr Mahathir pada 18 Mei juga mengadakan sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya bersama beberapa pemimpin PH dengan membuat pengumuman untuk terus berusaha menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri," katanya.

Tambah Hamzah, bagi pihak parti beliau juga amat apabila lima pemimpin itu mengambil keputusan tidak bersama dengan blok kerajaan semasa sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Kata beliau, perkara itu bukan hanya dinyatakan dalam surat permohonan mereka sendiri tetapi juga dizahirkan dengan duduk di blok yang tidak menyokong kerajaan semasa sidang Parlimen tersebut.

"Mengikut perlembagaan parti, keahlian seseorang ahli terhenti secara serta merta apabila berlaku apabila berlaku apabila ahli mengisytiharkan keluar daripada parti atau menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini.

"Susulan itu, satu surat dikeluarkan kepada mereka sebagai notis pemberitahuan bahawa kedudukan keahlian mereka terhenti secara serta merta mengikut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan parti," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus