X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Perkenal sistem pengesanan pelawat mahkamah 1 Jun

Istana Kehakiman.
A
A

PUTRAJAYA - Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) akan memperkenalkan sistem pengesanan pelawat mahkamah bermula Isnin ini (1 Jun) bagi merekodkan kemasukan pelawat ke premis mahkamah di seluruh negara.

Menurut kenyataan PKPMP hari ini, sistem pengesanan itu merupakan antara usaha untuk mengesan kontak dan mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Sistem pengesanan berkenaan merupakan alternatif kepada sistem pendaftaran sedia ada yang menggunakan borang pelawat.

"Sistem pengesanan pelawat mahkamah ini berbentuk kod QR pada poster atau bunting yang akan diletakkan di pintu-pintu masuk premis mahkamah.

"Pelawat yang hadir dikehendaki mengimbas kod QR tersebut menggunakan peranti elektronik yang mempunyai fungsi imbasan sebelum memasuki premis mahkamah," demikian menurut kenyataan itu.

Melalui sistem pengesanan itu, kaedah pendaftaran masuk boleh dilakukan dengan lebih cepat, sekali gus menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan pendaftaran pelawat di premis-premis mahkamah di seluruh negara.

Badan kehakiman telah melaksanakan prosedur operasi standard serta garis panduan kesihatan dan keselamatan yang ketat termasuk wajib memakai pelitup separuh muka sepanjang masa dan mengambil suhu badan apabila perbicaraan terbuka di mahkamah diadakan secara berperingkat bermula 13 Mei lepas.

Individu yang menghadiri mahkamah juga diminta memuat turun dan melengkapkan borang pelawat mahkamah menerusi laman web rasmi kehakiman untuk tujuan jejak sosial. Borang pelawat juga boleh didapati di premis mahkamah.

Selain itu, tempat duduk dan ruang di mahkamah juga dihadkan bagi mengekalkan jarakan sosial.-Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!