X

Kindly register in order to view this article
!

Anak zirafah diberi nama Corona

Anak zirafah betina diberi nama Corona di Taman Safari Bali.
A
A

JAKARTA - Sebuah zoo di Bali, Indonesia menamakan seekor anak zirafah betina sebagai Corona sempena kelahiran haiwan itu yang lahir ketika wabak koronavirus (Covid-19) melanda dunia.

Anak zirafah itu dilaporkan dilahirkan ibunya bernama Sophie pada 9 April lalu.

"Dia dilahirkan ketika wabak Covid-19 melanda, oleh itu Menteri Alam Sekitar menamakannya sebagai Corona," kata jurucakap zoo terbabit, Anak Agung Ngurah Alit Sujana.

Katanya anak zirafah tersebut berada dalam keadaan sihat serta masih menyusu dan diletakkan di bawah pemerhatian selama tiga bulan.

Terdahulu, Taman Safari Bali telah ditutup sejak lewat bulan Mac sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19. -AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus