Lima ahli MPT Bersatu termasuk Tun M dipecat daripada parti

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - Lima ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat daripada parti itu serta-merta hari ini.

Berdasarkan surat pemecatan yang dikeluarkan parti itu, selain Dr Mahatir yang juga bekas pengerusi Bersatu, turut dipecat ialah Timbalan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tiga pemimpin lain yang dipecat keahlian ialah Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah yang dilihat sehaluan dengan Dr Mahathir.

Kelima-lima mereka dipecat atas alasan duduk di kerusi pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Mereka tidak duduk di bangku blok kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri yang juga Presiden dan Pemangku Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pemecatan itu dibuat mengikut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu.

Surat itu ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya.

Artikel Berkaitan: