X

Kindly register in order to view this article
!

Rakyat jangan cepat melatah: DHPP

Guan Seng (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada penduduk sekitar.
A
A

KOTA BHARU - Dewan Himpunan Pendokong Pas (DHPP) mahu rakyat berikan masa kepada pentadbiran kerajaan baharu untuk menguruskan negara sebaik mungkin dan tidak mudah melatah dengan permainan politik lama parti pembangkang.

Timbalan Ketua DHPP pusat, Lim Guan Seng berkata, usaha untuk membantu rakyat yang dilakukan barisan menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini telahpun dilakukan sebaik mungkin.

"Rata-rata rakyat yang kita temui ketika ini memang boleh terima barisan kerajaan baharu ini terutamanya dalam isu koronavirus (Covid-19). Kita boleh tengok sendiri bagaimana barisan menteri baharu dan kerajaan baru ini melaksanakan tugas dalam isu Covid-19 ini.

"Dari situ sudah terbukti kerajaan cukup mengambil berat mengenai hal rakyat dan membuat keputusan sebaik mungkin walaupun masih ada pembangkang yang melihat kerajaan sebagai ada sahaja yang tidak kena," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama kepimpinan DHPP Negeri meluangkan masa sejam melihat tapak tiga kediaman yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Banggol, Pantai Cahaya Bulan minggu lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Guan Seng berkata, pihaknya akan menyokong sepenuhnya apa sahaja tindakan Pas dalam Perikatan Nasional dan berharap setiap parti yang ada dalam Perikatan Nasional dapat mendepani cabaran dengan baik selepas ini.

"Masa masih baharu, kerajaan masih lagi baharu sangat. Jadi kita kena bagi peluang kepada mereka untuk buktikan yang Malaysia akan dijaga dengan baik. Beri peluang untuk kita laksanakan tugas sebaik mungkin.

"Tindakan untuk menjatuhkan kepimpinan yang ada ini langsung tidak memberi apa-apa kebaikan sebaliknya boleh memecahbelahkan perpaduan yang sedia ada," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus