X

Kindly register in order to view this article
!

Lapan kawasan di Hulu Selangor terjejas gangguan air

Lapan kawasan di Hulu Selangor terjejas dengan gangguan air tidak berjadual.
A
A

KUALA LUMPUR - Lapan kawasan di Hulu Selangor melibatkan 742 akaun terjejas dengan gangguan air tidak berjadual susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisik sejak jam 11.45 malam tadi.

Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri berkata, henti tugas itu susulan pencemaran sumber air mentah akibat tumpahan minyak diesel melibatkan sebuah lori tangki diesel kemalangan di Kilometer 389.5 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) berhampiran Behrang petang semalam.

Menurutnya, kawasan terlibat adalah Kampung Sungai Nilam atau Kampung Seri Pagi, Kampung Lalang Sungai Selisek, Rumah Murah Pkt 2 dan Kampung Serigala.

Air di LRA Sungai Selisik tercemar akibat tumpahan minyak diesel melibatkan sebuah lori tangki diesel kemalangan di Kilometer 389.5 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) berhampiran Behrang petang semalam.
Air di LRA Sungai Selisik tercemar akibat tumpahan minyak diesel melibatkan sebuah lori tangki diesel kemalangan di Kilometer 389.5 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) berhampiran Behrang petang semalam.

"Turut terlibat adalah Kampung Orang Asli Serigala, Kampung Bahom, Kampung Sekolah dan Kuarters Klinik serta Kampung Gesir Tengah.

"Air Selangor mula menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan terlibat bagi mengagihkan bantuan bekalan air kecemasan kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Air Selangor bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) serta agensi terlibat mengambil tindakan pantas dengan memasang perangkap minyak diesel (oil boom) di kawasan muka sauk LRA tersebut.

"Air Selangor akan mengemas kini maklumat pemulihan bekalan air ke kawasan gangguan kepada pengguna dari masa ke masa menerusi medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

"Dalam tempoh ini pengguna dinasihatkan menggunakan air secara berhemat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus