X

Kindly register in order to view this article
!

284 kenderaan cuba rentas negeri diarah patah balik

(Gambar Hiasan) Anggota Polis dan Tentera di sekatan jalan raya. Foto: Bernama
A
A

KUALA SELANGOR - Sebanyak 284 kenderaan diarah berpatah balik selepas cuba merentas negeri di sekatan jalan raya di seluruh Selangor semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, daripada jumlah itu sebanyak 11,543 jumlah kenderaan diperiksa dalam tempoh 24 jam.

Menurutnya, polis turut mengeluarkan sebanyak 101 kompaun atas pelbagai kesalahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini semalam.

"Daripada jumlah itu, polis melakukan pemeriksaan di 5,919 premis dan tempat tumpuan awam di seluruh negeri ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Fadzil berkata, sebanyak 485 pemeriksaan dijalankan di restoran, pasar raya (443), bank (244), penjaja (28) dan lain-lain (745).

"Pemeriksaan turut dilakukan di rumah ibadah iaitu 246, pasar awam (81), tempat riadah (43) dan tapak pembinaan (tujuh)," katanya.

Katanya, pemeriksaan turut dilakukan di 114 terminal pengangkutan iaitu terminal pengangkutan darat (85), terminal air (19) terminal udara (12).

Kelmarin, polis Selangor turut mengeluarkan 100 kompaun terhadap mereka yang ingkar arahan PKPB.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!