Armada desak pinda semula hukuman pemandu mabuk

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendesak kerajaan meminda semula hukuman terhadap pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan atau insiden tertentu.

Armada dalam satu kenyataan hari ini berkata, hukuman yang dikenakan sekarang tidak memberi pengajaran kepada golongan itu.

“Adilkah memandu mabuk sehingga membunuh akhirnya hanya dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan denda.

“Tempoh penjara juga perlu dipanjangkan sehingga 20 tahun termasuk peningkatan kadar denda supaya dapat memberi peringatan keras kepada golongan berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut Armada berkata, pesalah terbabit juga wajar digantung lesen seumur hidup sebagai peringatan keras kepada semua pemandu.

“Isu pemandu mabuk ini sudah terlalu lama dan pesalah membunuh ramai insan yang tidak bersalah.

“Berapa ramai lagi anak-anak kecil perlu menjadi korban dan yatim piatu?” soalnya.

Artikel Berkaitan: